Seorang lagi Nabi Allah yang di
ceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda di utus kepada kaum
Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur'an.Di dalam
al-Qur'an, Nabi Isa di sebut dengan empat panggilan iaitu Isa,Isa putera
Mariam, putera Mariam dan al-Masih. Ibunya
seorang yang sangat di muliakan Allah. Allah memilih Mariam di antara semua
perempuan di semua alam. Firman-Nya, "Dan ketika malaikat-malaikat
berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Allah memilih kamu
di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42).Mariam, ibu Nabi Isa, telah
menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia di pilih untuk
melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah
seorang perempuan yang suci.
Kelahiran Nabi Isa
Kelahiran Nabi Isa
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu
mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an.
Di sini, ceritanya bermula dari
kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat
menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam
menjadi takut lalu berkata,"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada
kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Allah)!'Dia (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah
seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang
anak lelaki yang suci.'" (19:18-19) Pada ayat yang lain, diceritakan
bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal
dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di
dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:"Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira
dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam,
terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang di dekatkan."
(3:45) Kemudian Mariam bertanya,"Bagaimanakah aku akan ada seorang anak
lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang
jalang?" (19:20)Malaikat menjawab,"Dia (Allah) berkata, 'Begitulah;
Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia
satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah
perkara yang telah di tentukan'" (19:21).Maka lahirlah Isa putera Mariam
lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah menurunkan ayat
al Quran untuk Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda
untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).Allah juga
menyatakan bahawa Nabi Isa adalah seperti Nabi Adam, walaupun Nabi Adam di wujudkan tanpa ibu dan bapa.
Kesamaan mereka berdua adalah pada ciptaan. Kedua-duanya di cipta daripada
tanah (3:59).
Itu menunjukkan mereka adalah manusia biasa, kerana manusia di cipta daripada
tanah. Kerasulan dan Kenabian Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul.
Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul
lain. Ada yang Dia berkata-kata
kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Nabi Isa, Dia memberi bukti-bukti
yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:"Dan
rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain.
Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan
darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami
mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (2:253)Namun begitu, manusia di
larang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan
itu berbunyi,"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang
diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub dan puak-puak dan apa yang diberi
kepada Nabi Musa dan Nabi Isa dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi
daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara
mereka dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136)Akibat membeza-bezakan Nabi
atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa di percayai oleh
sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan Nabi Muhammad di anggap macam Tuhan, yang berhak membuat
hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Nabi Isa seorang Nabi, baginda
diberi sebuah Kitab iaitu Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya
untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah
dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan
sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:"Dan Kami
mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan
Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan
cahaya," (5:46) dan,"Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa
yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan
Pemelihara kamu.'" (5:117)Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah
berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji di
kurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga di
dapati di dalam Taurat dan al-Qur'an. Ketika baginda di utus, manusia sedang
berselisih dalam hal agama. Maka
kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman
Allah:"dia (Isa) berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan,
dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu
memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'"
(43:63) Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas
baginda, yang namanya akan di puji. Ayat yang mengisahkannya
berbunyi:"Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada
kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan
seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)
pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain,
baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau
yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan
kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman
Allah:"Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah
kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau
akan kemusliman kami.'" (5:111) Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi
penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:"Berkatalah
pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah;
kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.'"
(3:52)Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk
Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan
menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:"Wahai orang-orang yang percaya,
jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata
kepada pengikut-pengikut yang setia, 'Siapakah yang akan menjadi
penolong-penolong aku bagi Allah?' Pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Kami
akan menjadi penolong-penolong Allah.'" (61:14)Walau bagaimana pun,
pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk
megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu
mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi
begini:"Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa
putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja
hidangan dari langit?'Dia (Isa) berkata, 'Kamu takutilah Allah, jika kamu
orang-orang mukmin.'Mereka berkata, 'Kami menghendaki untuk memakan
daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu
berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'"
(5:112-113) Justeru itu, Isa memohon
kepada Allah,"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah
meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang
pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan
berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi
rezeki." (5:114)Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan
yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama
sebuah surah di dalam al-Qur'an, iaitu surah kelima, al-Maidah.Mukjizat . Selain
daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah
dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut
menjelaskannya:"Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah
akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu
dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan
setelah dewasa ..... dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan
izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu
jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan
orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati,
dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka
berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu
mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia
daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti
yang sudah maklum, amalan membeza-beza para Nabi dan Rasul dilarang Allah.
(Sila rujuk (Tidak
Mempercayai Mukjizat Nabi?)
Wafat
Tidak seperti kepercayaan sesetengah
orang iaitu Nabi Isa
tidak wafat semasa di salib tetapi diangkat naik ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi, namun bukan di
salib. Baginda telah wafat selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah
tempat lain yang tidak di ceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah keluarkan diri
dari tempat baginda di jatuhkan hukum. Bukti yang menunjukkan baginda telah
wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat berikut:"Apabila Allah berkata,
'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku
membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya .....'" (3:55) "Dan
aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi
setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas
mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)Akan tetapi, sebahagian
daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya di salib.
Allah berfirman yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan
sahaja. Firman-Nya:"ucapan mereka, 'Kami telah membunuh al-Masih, Isa
putera Mariam, rasul Allah.' Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga
menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka.
Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya;
mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka
tidak membunuhnya, yakinlah." (4:157)Telah wujud lagi kepercayaan terhadap
Nabi Isa yang tidak di sahkan Allah di dalam al-Qur'an, iaitu baginda akan
muncul lagi di bumi buat kali kedua. Itu tidak benar. (Sila rujuk artikel Menanya Ustaz: kedatangan Imam Mahadi
& Nabi Isa dan Imam Mahadi
di ruangan Soalan Lazim. Terima kasih.)
Terpesong
Setelah Isa wafat, beberapa perkara
telah berlaku. Pertama, orang-orang yang mengaku pengikut baginda telah
menubuhkan sistem berahib, atau berpaderi, atau sistem berulama dalam agama.
Sistem itu tidak dianjurkan oleh Allah. Firman-Nya:"Dan rahbaniyah (sistem
berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk
mereka" (57:27).Kemudian, antara mereka bersetuju untuk mengangkat Nabi
Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan, mungkin kerana kelahiran yang luar biasa dan
mukjizat-mukjizatnya. Mereka yang berbuat demikian telah terpesong dalam
kepercayaan lalu menjadi kafir. Firman-Nya:"Merekalah orang-orang yang
tidak percaya (kafir), yang berkata, 'Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih
putera Mariam'" (5:17), dan"orang-orang Kristian berkata, 'Al-Masih
ialah putera Allah.' Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan
orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka!
Bagaimanakah mereka dipalingkan?" (9:30)Satu bukti telah didatangkan Allah
untuk menunjukkan kepalsuan kepercayaan mereka. Buktinya adalah pada amalan
memakan makanan, berbunyi:"Al-Masih, putera Mariam, hanyalah seorang
rasul; rasul-rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar;
mereka berdua makan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan
ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka
berpaling." (5:75)Nabi Isa dan ibunya makan makanan. Tetapi Tuhan tidak
makan. Kalau Dia makan tentu Dia mempunyai sebuah "pintu kecil" untuk
mengeluarkan makanan yang tidak diperlukan lagi. Tuhan tidak ada pintu tersebut
seperti yang terdapat di bahagian belakang badan manusia atau haiwan.Sekiranya
hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang mempercayai Nabi Isa itu Tuhan
atau anak-Nya, tentu mereka akan berpaling juga dan tetap dengan kepercayaan
mereka. Begitulah manusia dengan kepercayaan agamanya. Mereka lupa menggunakan
akal.AkhiratKepercayaan serupa itu sungguh berat di sisi Allah sehingga Nabi
Isa akan ditanya di akhirat. Baginda akan ditanya sama ada baginda telah
menyatakan bahawa baginda dan ibunya adalah tuhan-tuhan selain
daripada Allah. Pertanyaan-Nya berbunyi:"Wahai Isa putera Mariam, adakah
kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan
selain daripada Allah'?" (5:116)Nabi Isa akan menjawab:"Kepada Engkau
sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya.
Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di
dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau;
sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib." (5:116)Jawapannya
bersambung lagi:"Aku hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau
memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara
kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi
setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka;
Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)Nabi Muhammad juga akan ditanya
di akhirat atas sesuatu yang amat berat juga. Baginda ditanya mengenai sambutan
kaumnya terhadap al-Qur'an. Jawapan baginda berbunyi:"Wahai Pemeliharaku,
sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak
dipedulikan." (25:30)Itulah yang berlaku pada hari ini. Ajaran al-Qur'an
tidak dipedulikan. Namun, masa masih ada untuk semua kembali kepada ajaran
al-Qur'an. NABI ISA AS